Friday, 24 January 2014

Tragedi Bot karam di Pulau Bruit, Daro

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa perahu karam di Pulau Bruit Daro yang lalu. Tragedi yang amat menyentuh sanubari kita dan tidak mungkin dilupakan oleh penduduk Kampung Tekajong dan sekitarnya. Mengimbau kembali tragedi paling buruk dalam sejarah Pulau Bruit, pada 18 Januari 2014 seramai 27 orang penduduk kampong Tekajong yang dalam perjalanan pulang setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan di Kampong Saai Daro telah karam di Muara Batang Lassa setelah perahu panjang yang digunakan terbalik di pukul ombak.Seramai 16 mangsa selamat, 10 disahkan meninggal dan 1 dilaporkan masih hilang ketika artikel ini ditulis. Sebenarnya tragedi 180114, telah membuka mata banyak pihak terutama pemimpin tempatan, negara dan juga dikalangan agensi penyiaran negara. Tragedi ini juga mendapat liputan meluas di kalangan media elektronik dan cetak. Tidak kurang juga dengan pengamal media sosial, seperti facebooker dan blogger yang mengulas mengenai tragedi 180114. Pelbagai komentar, luahan, cadangan, dan desakan terhadap wakil rakyat, pemimpin-pemimpin kerajaan supaya masalah yang dialami oleh penduduk Pulau Bruit selama ini diselesaikan secepat mungkin.Lawatan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Shahidan Kassim dilihat membuka lembaran baru kepada penduduk Kampung Tekajong dan Pulau Bruit khasnya apabila beliau bersedia untuk berjumpa kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk membincangkan pembinaan Jalan raya di Pulau Bruit. Walaupun masih di peringkat pertimbangan, harapan lebih  20’000 orang penduduk Melanau Islam Pulau Bruit sebenarnya sedang digalas oleh seorang menteri yang berasal dari Negeri Perlis. Dimana Menteri-menteri pusat yang berasal dari Negeri Sarawak semasa tragedi yang memilukan ini berlaku. Mengapa hanya beberapa kerat sahaja, pemimpin tempatan dan negara yang bersama kami ketika insiden menyedihkan ini berlaku.Tangki Biru sumbangan Barisan NasionalMasih bergantung pada air hujanSetelah 50 tahun merdeka penduduk Pulau Bruit belum merasai erti dan nikmat sebenar kemerdekaan. Selama 50 tahun penduduk Pulau Bruit terutama di kawasan utara menggunakan bekalan air hujan untuk kegunaan harian seperti diminum dan memasak. Kepayahan yang dialami penduduk Pulau Bruit sebenarnya telah sampai ke pengetahuan pemimpin masyarakat tetapi dimana silapnya apabila setiap kali rancangan Malaysia (RMK) dan bajet dibentangkan penempatan masyarakat melanau islam ini sentiasa terlepas dari mendapat bantuan kerajaan.Sebelum saya berhenti sementara, menulis dan berkongsi kisah tentang pulau Bruit bagi menghadapi peperiksaan akhir pada hujung bulan ini sehingga pertengahan bulan depan, elok rasanya saya meluahkan segala yang terpendam selama ini mengenai kisah yang berlaku di Pulau Bruit.Gejala Bodek PemimpinBudaya “bodek pemimpin” yang diamalkan oleh segelintir pemimpin kampung di Pulau Bruit sebenarnya menyumbang kepada kegagalan pembangunan di Pulau Bruit hari ini. Saya tidak menuding jari kepada pihak –pihak tertentu tetapi inilah realiti yang berlaku di beberapa kampung di Pulau Bruit. Pemimpin kampug lebih mementingkan diri sendiri terutama mereka yang memegang jawatan-jawatan tertentu.Pemimpin sebeginilah yang banyak merosakkan perpaduan yang wujud di kampung-kampung. Mereka seringkali menggunakan kelebihan yang ada untuk menunjukkan bahawa mereka berkuasa di kampung termasuklah ketika bersama wakil-wakil rakyat. Paling menyedihkan apabila pemimpin yang dilantik oleh kerajaan ini  seringkali melakukan sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan penduduk kampung termasuklah dalam beberapa perlantikan jawatan tertentu di peringkat kampung.Selepas tragedi yang meragut ramai nyawa penduduk kampong Tekajong diharap, permainan politik pemimpin yang terdiri dari jawatankuasa kampung, ketua kaum dan ketua masyarakat dapat dihentikan. Pegawai Daerah Daro perlu selalu turun padang memantau perkembangan kampung-kampung di Pulau Bruit. Jangan sesekali mendengar cerita dari satu pihak kerana ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penduduk yang lain dan boleh merencatkan pembangunan di Pulau Bruit. Sekiranya YB Adun yang berpangkalan di Kuching mampu turun ke kawasan setiap bulan mengapa tidak pegawai kerajaan yang dilantik untuk menjaga kebajikan penduduk berbuat demikian.Saya sekali lagi berpesan, kekecewaan rakyat selepas tragedi 180114 yang lepas belum dapat dipadamkan. Usahlah pihak tertentu mengambil kesempatan diatas yang kejadian yang berlaku ini. Pihak yang mempunyai kuasa perlu segera memperbetulkan budaya pemimpin bodek ini supaya di masa hadapan Pulau Bruit akan mendapat nikmat pembangunan sepertimana kawasan lain di Semenanjung Malaysia.Meyokong kepimpinan YB ADUNSaya dengan ini menyokong usaha YB Abdullah Saidol untuk mendapatkan bantuan kerajaan pusat bagi membina kemudahan seperti Jalanraya dan Air Bersih di Pulau Bruit. Kepada Pemimpin kampung yang bersikap bodek sila berundur kerana mulut busuk kamulah pembangunan di Pulau Bruit selama ini tidak dapat dilaksanakan.Saya menunggu siaran dari majalah 3. Harap isu kemanusiaan yang disiarkan nanti akan membuka mata rakyat Malaysia betapa kuat dan kentalnya jiwa masyarakat pendalaman Sarawak ini menempuh kehidupan tanpa kemudahan asas yang mencukupi.

Sumber:melanausarawak

No comments:

Post a Comment