Monday, 27 January 2014

APA AGENDA ANWAR IBRAHIM?

Dengan perletakkan jawatan ADUN Kajang memberi peluang kepada Anwar Ibrahim mencorak semula politik Selangor...Apakah langkah seterusnya Anwar ini....???

Friday, 24 January 2014

Tragedi Bot karam di Pulau Bruit, Daro

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa perahu karam di Pulau Bruit Daro yang lalu. Tragedi yang amat menyentuh sanubari kita dan tidak mungkin dilupakan oleh penduduk Kampung Tekajong dan sekitarnya. Mengimbau kembali tragedi paling buruk dalam sejarah Pulau Bruit, pada 18 Januari 2014 seramai 27 orang penduduk kampong Tekajong yang dalam perjalanan pulang setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan di Kampong Saai Daro telah karam di Muara Batang Lassa setelah perahu panjang yang digunakan terbalik di pukul ombak.Seramai 16 mangsa selamat, 10 disahkan meninggal dan 1 dilaporkan masih hilang ketika artikel ini ditulis. Sebenarnya tragedi 180114, telah membuka mata banyak pihak terutama pemimpin tempatan, negara dan juga dikalangan agensi penyiaran negara. Tragedi ini juga mendapat liputan meluas di kalangan media elektronik dan cetak. Tidak kurang juga dengan pengamal media sosial, seperti facebooker dan blogger yang mengulas mengenai tragedi 180114. Pelbagai komentar, luahan, cadangan, dan desakan terhadap wakil rakyat, pemimpin-pemimpin kerajaan supaya masalah yang dialami oleh penduduk Pulau Bruit selama ini diselesaikan secepat mungkin.Lawatan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Shahidan Kassim dilihat membuka lembaran baru kepada penduduk Kampung Tekajong dan Pulau Bruit khasnya apabila beliau bersedia untuk berjumpa kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk membincangkan pembinaan Jalan raya di Pulau Bruit. Walaupun masih di peringkat pertimbangan, harapan lebih  20’000 orang penduduk Melanau Islam Pulau Bruit sebenarnya sedang digalas oleh seorang menteri yang berasal dari Negeri Perlis. Dimana Menteri-menteri pusat yang berasal dari Negeri Sarawak semasa tragedi yang memilukan ini berlaku. Mengapa hanya beberapa kerat sahaja, pemimpin tempatan dan negara yang bersama kami ketika insiden menyedihkan ini berlaku.Tangki Biru sumbangan Barisan NasionalMasih bergantung pada air hujanSetelah 50 tahun merdeka penduduk Pulau Bruit belum merasai erti dan nikmat sebenar kemerdekaan. Selama 50 tahun penduduk Pulau Bruit terutama di kawasan utara menggunakan bekalan air hujan untuk kegunaan harian seperti diminum dan memasak. Kepayahan yang dialami penduduk Pulau Bruit sebenarnya telah sampai ke pengetahuan pemimpin masyarakat tetapi dimana silapnya apabila setiap kali rancangan Malaysia (RMK) dan bajet dibentangkan penempatan masyarakat melanau islam ini sentiasa terlepas dari mendapat bantuan kerajaan.Sebelum saya berhenti sementara, menulis dan berkongsi kisah tentang pulau Bruit bagi menghadapi peperiksaan akhir pada hujung bulan ini sehingga pertengahan bulan depan, elok rasanya saya meluahkan segala yang terpendam selama ini mengenai kisah yang berlaku di Pulau Bruit.Gejala Bodek PemimpinBudaya “bodek pemimpin” yang diamalkan oleh segelintir pemimpin kampung di Pulau Bruit sebenarnya menyumbang kepada kegagalan pembangunan di Pulau Bruit hari ini. Saya tidak menuding jari kepada pihak –pihak tertentu tetapi inilah realiti yang berlaku di beberapa kampung di Pulau Bruit. Pemimpin kampug lebih mementingkan diri sendiri terutama mereka yang memegang jawatan-jawatan tertentu.Pemimpin sebeginilah yang banyak merosakkan perpaduan yang wujud di kampung-kampung. Mereka seringkali menggunakan kelebihan yang ada untuk menunjukkan bahawa mereka berkuasa di kampung termasuklah ketika bersama wakil-wakil rakyat. Paling menyedihkan apabila pemimpin yang dilantik oleh kerajaan ini  seringkali melakukan sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan penduduk kampung termasuklah dalam beberapa perlantikan jawatan tertentu di peringkat kampung.Selepas tragedi yang meragut ramai nyawa penduduk kampong Tekajong diharap, permainan politik pemimpin yang terdiri dari jawatankuasa kampung, ketua kaum dan ketua masyarakat dapat dihentikan. Pegawai Daerah Daro perlu selalu turun padang memantau perkembangan kampung-kampung di Pulau Bruit. Jangan sesekali mendengar cerita dari satu pihak kerana ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penduduk yang lain dan boleh merencatkan pembangunan di Pulau Bruit. Sekiranya YB Adun yang berpangkalan di Kuching mampu turun ke kawasan setiap bulan mengapa tidak pegawai kerajaan yang dilantik untuk menjaga kebajikan penduduk berbuat demikian.Saya sekali lagi berpesan, kekecewaan rakyat selepas tragedi 180114 yang lepas belum dapat dipadamkan. Usahlah pihak tertentu mengambil kesempatan diatas yang kejadian yang berlaku ini. Pihak yang mempunyai kuasa perlu segera memperbetulkan budaya pemimpin bodek ini supaya di masa hadapan Pulau Bruit akan mendapat nikmat pembangunan sepertimana kawasan lain di Semenanjung Malaysia.Meyokong kepimpinan YB ADUNSaya dengan ini menyokong usaha YB Abdullah Saidol untuk mendapatkan bantuan kerajaan pusat bagi membina kemudahan seperti Jalanraya dan Air Bersih di Pulau Bruit. Kepada Pemimpin kampung yang bersikap bodek sila berundur kerana mulut busuk kamulah pembangunan di Pulau Bruit selama ini tidak dapat dilaksanakan.Saya menunggu siaran dari majalah 3. Harap isu kemanusiaan yang disiarkan nanti akan membuka mata rakyat Malaysia betapa kuat dan kentalnya jiwa masyarakat pendalaman Sarawak ini menempuh kehidupan tanpa kemudahan asas yang mencukupi.

Sumber:melanausarawak

Thursday, 23 January 2014

TAHNIAH KEPADA KEPADA KETUA WANITA BELAWAI

Syabas dan tahniah kepada KR Dayang atas perlantikan sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak yang baru...
Foto:YB Fatimah Abdullah

Saturday, 18 January 2014

Senarai nama mangsa bot karam di Saie,Sarawak

Laporan bot karam di Kpg Kut yg melbatkan 27org setakat pukul 7.30 mlm:
Mangsa selamat:-
1. Anthony Bahari.
2. Habibah Yunus.
3. Naidi Saibi.
4. Jusni Pandi.
5. Raidah Pandi.
6. Median Wasli.
7. Aiman Sepawi.
8. Suraidah Busnu.
9. Melajim Akim.
10. Jebat Busnu.
11. Saamah Drahman.
12. Ija Iteli.
13. Marina Gusti.
14. Slmah Rapli.
15. Manja Wahi.
16. Mah.
17. Naibi Saibi.

Mangsa ditemui mati:-
1. Melati Jeraie.
2. Sekiah Kipli.
3. Merah Morni.
(semuanya perempuan)

Mangsa yang masih hilang:-
1. Borhan Bordan.
2. Riji Dalol.
3. Mahdani Akim.
4. Abu Bakar Mahli.
5. Kalsum Mat.
6. Ebong Rais.
7. Nur Abdullah.

Operasi mencari yang hilang akan dijalankan semula pada pagi esok.

Sunday, 12 January 2014

JIKA NAK MAJU JANGAN JADI MAT JENIN -LEN

Len bersama peserta Kursus Pertukangan 1Azam Tanjung Manis

TANJUNG MANIS:  Masyarakat diminta mengubah sikap dan  mentaliti yang suka berserah kepada takdir dan malas berusaha kerana ia hanya melambatkan kemajuan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh berkata, sikap dan pemikiran negatif itu perlu dikikis.

"Masyarakat hari ini tidak boleh lagi berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir semata-mata, tetapi perlu berusaha untuk maju. Jangan jadi mat jenin.
"Kita perlu meningkatkan usaha bagi menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan dalam menghadapi era globalisasi agar tidak terus ketinggalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Penangguhan Program 1Azam Kursus Asas Pertukangan anjuran Pusaka  di Dewan IKS, Tanjung Manis.
Hadir sama, Penolong Pengurus Kanan Perdagangan dan Industri, Dayang Nena Abang Burce dan Pegawai Jasa Bahagian Sarikei, Ahmat Adai.

Len berkata,  setiap individu tidak boleh lagi berada di takuk lama atau menyisih diri daripada masyarakat lain sebaliknya bersedia berubah daripada segi sosial dan ekonomi.

Pada masa yang sama katanya, mereka perlu mempunyai semangat ingin berubah daripada tidak baik kepada baik serta menanam azam untuk maju.

“Kepentingan menuntut ilmu perlu diletak sebagai keutamaan. Serentak itu,mereka juga perlu bersatu padu dalam menghadapi apa juga keadaan dan tidak berbalah sesama sendiri hanya disebabkan perkara yang tidak penting.


"Jika kita berilmu tetapi tidak bersatu, ini juga sukar untuk membina tamadun bangsa. Justeru, kita perlu mengukuh semula hala tuju supaya matlamat membina ummah cemerlang tercapai," ujarnya.

Benteng RM2.3 juta elak hakisan Kampung Rajang

TANJUNG MANIS :  Lebih 800  penduduk  yang tinggal di sepanjang pantai Kampung Rajang yang kerap diancam hakisan   kini menarik nafas lega apabila kerja pembinaan benteng membabitkan peruntukan lebih RM2.3 juta siap dibina.

Penghulu Kampung Rajang, Arifin Aba  berkata, projek yang bermula 2005 itu dilakukan secara berperingkat-peringkat selepas  kerajaan meluluskan peruntukan berikutan kebimbangan penduduk yang terdedah kepada bahaya hakisan setiap kali musim tengkujuh.
Katanya, kerja pembinaan benteng  yang menggunakan bongkah konkrit tersebut dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak dan siap sepenuhnya pada awal 2013.

Sebelum ini  ujarnya, penduduk  mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan bagi menjamin keselamatan penghuni di pesisiran pantai.

 “Justeru, pembinaan benteng ini membuktikan kerajaan dengar rintihan kami. Kini, kami boleh tidur lena dan berasa lebih selamat. Jika dahulu, kami sering kali dihantui ketakutan, ” katanya.

Menurut Arifin, sejak pembinaan benteng penahan ombak di pantai berkenaan dilakukan, masalah hakisan tersebut sudah berlalu.
Katanya, masalah hakisan sudah tidak berlaku menyebabkan pantai Rajang kembali menjadi tumpuan pengunjung terutama kepada pengemar batik dan kaki pancing.

“Kampung Rajang sebenarnya pernah pusat pentadbiran semasa zaman pemerintahan British.
“Antara bangunan koloni yang pernah wujud di sini ialah,  kompleks pentadbiran kerajaan, penjara, klinik kesihatan, perpusakaan, kilang, bangunan premis dan beberapa pusat riadah termasuk gelanggang tennis.


“Malangnya kesemua monumen itu, hanya tinggal nostalgia apabila sebahagian besarnya sudah musnah akibat hakisan,” katanya.

Saturday, 11 January 2014

BANA TUNJUK TARING

SEJAK penyertaan sulungnya pada 1980 di Sarikei hingga terakhirnya di Tanjung Manis  pada 2004,  Bana Muset, 70, tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Malah, datuk kepada lapan cucu  ini sememangnya cukup disegani lantaran kehebatannya dalam larian maraton terutama di wilayah tengah Sarawak.

Selepas berehat hampir lapan tahun, Bana sekali lagi mencipta kejutan apabila menjuarai acara  yang sama dengan mengenepikan cabaran lebih 60 peserta lain yang jauh lebih muda dalam pertandingan Maraton terbuka Tanjung Manis tahun lalu.

Begitu pun, pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) ini seakan-akan belum pernah puas dengan pencapaiannya apabila bakal terbang ke Kuala Lumpur, bagi menyahut cabaran Maraton KL  Standard Chartered baru-baru ini.

“Ini merupakan cabaran terbesar dan saya ingin mengharumkan nama Sarawak.  Juara bukan sasaran tetapi cukup sekadar melengkapkan  larian di sepanjang laluan 21 kilometer.  Apa yang paling penting ialah penyertaan dan saya berazam untuk memberikan yang terbaik untuk negeri ini, ” katanya.
Menurut Bana,  dia tidak menghadiri latihan secara intensif namun memadai sekadar joging keliling kampung untuk memanaskan badan pada setiap petang.
Meskipun  begitu katanya, beliau sentiasa menjaga pemakanannya selain tidak merokok bagi mengekalkan stemina.

“Kejohanan 30 Jun ini agak susah sedikit kerana saya terpaksa bersaing dengan pelari-pelari profesional yang jauh lebih hebat dan profesional. Apa-apa pun, kemenangan adalah  sangat penting.

 "Peluang yang diberikan memberikan satu semangat kepada saya untuk  meraih kejayaan dan saya berazam untuk memberikan aksi lebih baik," katanya.

Pada masa yang sama,  Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belawai turut mengambil  peluang memberikan dorongan dan motivasi kepada wakil tunggal Sarawak itu.


“Kita berharap Bana akan tampil cemerlang. Tunjukan kemampuan sebenar kita kepada orang luar. Saya gembira kerana semangat beliau  tinggi selain bersyukur kerana setakat ini, tidak berdepan dengan masalah kesihatan. Sehubungan itu, seluruh Sarawak akan mendoakan kejayaan Bana,” katanya.

Akhiri penantian penduduk lebih 20 tahun

TANJUNG MANIS:  Perbankan Islam kedua terbesar dunia,  Kuwait Finance House (KFH) meluaskan  rangkaian peniagaannya dengan membuka cawangan kedua di Tanjung Manis, hari ini.

Ketua Pegawai Operasi KFH Malaysia,  Roger Chin berkata, Tanjung Manis adalah lokasi yang ideal untuk perniagaan berdasarkan perancangan untuk memajukan kawasan itu sebagai pusat komersial dalam tempoh jangka panjang.
“Cawangan baru ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami untuk meluaskan capaian di wilayah tengah Sarawak.  Ia  bakal memain peranan penting dalam membangunkan industri perkhidmatan kewangan tempatan,” katanya.

Pembukaan cawangan itu katanya, juga  selari dengan misi perkhidmatan kewangan KFH  dengan menyediakan akses mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk orang ramai.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datu Haji Len Talif Salleh.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Haji Saidol, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dayang Raoyah Abang Adeng,  Timbalan Pengurus Besar STIDC,  Hashim Bojet dan  Pegawai Jasa Bahagian Sarikei, Ahmat Adai.

Roger berkata, cawangan baru itu turut menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan Tanjung Manis yang semakin berkembang sebagai pusat SCORE.
Sejajar dengan itu katanya,  KFH  akan meneruskan pengembangan rangkaian dengan agresif selari dengan peranannya sebagai bank pertama yang beroperasi dengan prinsip syariah Islam.

“Langkah baru ini juga membantu mempercepatkan proses pengembangan operasi kami di Sarawak,” katanya.
Dalam pada itu, Len berkata, kewujudan cawangan baru KFH itu bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk menaiktarafkan Tanjung Manis.
“Usaha ini mengakhiri penantian rakyat selama lebih 20 tahun.  Usaha ini merupakan salah satu daripada  keyakinan pelabur  terhadap prospek  pembangunan jangka panjang kawasan ini.
MENTERI Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datu Haji Len Talif Salleh menunjukan kad keahlian sebagai pendeposit pertama sempena pembukaan cawangan KFH Tanjung Manis, semalam. Kelihatan sama,  Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Haji Saidol dan Timbalan Pengurus Besar PUSAKA,  Hashim Bojet.

“Tambahan pula, ia akan membantu menyediakan kemudahan kepada penduduk selain merancakkan lagi  pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya.

Pada hari pertama pembukaannya, KFH menerima pelaburan hampir RM10 juta daripada pelbagai agensi  antaranya dan badan perseorangan.

KUPAS BELAWAI TERBANG KE EROPAH

BELAWAI :  Suatu ketika dahulu penghasilan kupas atau sesar unjur Belawai hanya dilakukan secara kecil-kecilan sebagai alternatif sampingan untuk menambah pendapatan.

Bagaimana pun senario sebaliknya berlaku hari ini apabila sesar unjur Belawai bukan hanya   mendapat sambutan di kalangan penduduk tempatan tetapi sudah mula mencuri tumpuan pelanggan luar negara.

Pengerusi Persatuan Nelayan Belawai,  Tamrin Bustaman memberitahu, sejak kebelakangan ini kupas Belawai berjaya menarik perhatian pembeli asing yang kebanyakannya dari China dan eropah.
“Kebanyakan kupas Belawai dijual secara borong ke pasaran tempatan termasuk Sarikei dan Sibu. Pemborong-pemborong inilah yang mengedarkannya ke luar negara. 

“Berdasarkan respon, kita menerima maklumat ada antara kupas –kupas ini sudah memasuki pasaran asing dan mendapat permintaan berterusan daripada beberapa negara terutama China.
“Setakat ini, ia masih bergerak secara perlahan-lahan namun bagi kita ia satu permulaan yang baik,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Tamrin berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menambah kualiti pengeluaran produk berkenaan di samping mencari peluang dan pasaran baru.

“Kita akan cuba untuk mendapatkan bantuan agensi –agensi berkaitan seperti MARDI. Kita ingin sekali mempelajari teknik-teknik terkini bagi mempelbagaikan lagi produk yang dihasilkan daripada sesar unjur ini,” katanya.
Menurutnya, MARDI menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain yang kini amat diperlukan oleh penguasa kupas Belawai.
“Kami lebih teruja apabila mendapat tahu, nelayan dan usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI berjaya menyumbang kemajuan sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Kami ingin menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata,  kerajaan sentiasa mendampingi nelayan Belawai dengan pelbagai program termasuk membantu mereka dari segi pembiayaan dan kursus dalam bidang berkaitan.
Setiap tahun katanya, kerajaan menyediakan sejumlah besar peruntukan untuk pelaksanaan pelbagai program demi memastikan nelayan di kawasan itu berupaya menjana pendapatan berterusan.
Ujarnya, usaha yang dibuat oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan perikanan misalnya, mampu mewujudkan nelayan berjaya dan inovatif serta mampu mentransformasikan minda yang lebih berdaya saing, mantap dan lebih kreatif.

“ Usaha berterusan kerajaan akan mendedahkan kami  tentang kaedah yang lebih berkesan dan berdaya maju.  Sekurang-kurangnya, kami tidak lagi terikat dengan kaedah lama sebaliknya sentiasa merebut peluang ekonomi dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya sambil menambah kupas Belawai kini dijual RM70 hingga RM80 sekilogram.

SEORANG penduduk, Aminah Tanjong menunjukkan kupas keluaran kampung Belawai.  

Friday, 10 January 2014

Majlis perasmian Kuwait Finance House(KFH) Di Tanjung Manis

Tg Manis berpotensi besar ekonomi-Len

TANJUNG MANIS: Pembukaan Cawangan Bank Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFH) di Tanjung Manis sebagai satu keputusan amat tepat memandangkan bandar baharu itu mempunyai potensi ekonomi yang besar.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datu Len Talif Salleh berkata, Tanjung Manis terletak dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dikenal pasti sebagai hab halal.

“Oleh itu, inisiatif KFH sebuah bank perbankan Islam serta terkemuka membuka cawangan di Tanjung Manis adalah tepat,” katanya pada majlis pembukaan tidak rasmi KFH Cawangan Tanjung Manis di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Operasi KFH Roger Chin Chew Choy, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap ADUN Semop Abdullah Saidol, Timbalan Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet serta yang lain.
KFH Cawangan Tanjung Manis merupakan cawangan kedua di Sarawak selepas Kuching dan cawangan ke-15 di Malaysia.

Len yang juga Menteri Muda Alam Sekitar memberitahu, kerajaan negeri berusaha membawa masuk institusi kewangan ke Tanjung Manis sejak 25 tahun lalu.
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat setempat memberi sokongan sebaik-baiknya kepada KFH untuk kebaikan bersama.

“KFH melihat bagaimana potensi kawasan ini, bukan sahaja Tanjung Manis tetapi kawasan di Lembah Rajang termasuk Matu Daro, Selalang dan sebagainya.
“Mereka juga melihat Tanjung Manis mempunyai potensi begitu besar serta perkembangan ekonomi di sini bertambah pada masa akan datang,” jelas ADUN Belawai itu.

Sejak majlis pecah tanah pada 11 Mac 1999, Tanjung Manis dimajukan dengan pelbagai prasarana seperti jalan raya, telekomunikasi, sekolah, dermaga, lapangan terbang dan kini kemudahan perbankan.
“Inilah wadah perjuangan kita memastikan rakyat di kawasan luar bandar juga menikmati kemudahan-kemudahan seperti yang ada di bandar walaupun tidak sebaiknya.

“Dengan kerjasama semua pihak, kita akan melihat bagaimana kawasan Tanjung Manis dan kawasan sekitarnya di Lembah Rajang akan lebih maju,” ujar Len.
Beliau juga berterima kasih kepada KFH kerana sudi membuka cawangan di Tanjung Manis, selain memastikan semua pihak di sini memberi sokongan kepada pihak bank untuk faedah bersama.
Sementara itu, Chin berkata KHF melihat Tanjung Manis sebagai mempunyai potensi ekonomi yang amat besar di negeri ini.

Menurut beliau, Tanjung Manis dikenal pasti sebagai hab halal serta mempunyai banyak industri akuakultur.
“Tanjung Manis mempunyai banyak potensi yang dikenal pasti sebagai hab halal dan banyak industri akuakultur yang akan dibuka di sini,” katanya.

Menurut Chin, KFH menyedari Tanjung Manis tidak mempunyai institusi kewangan dan sebagai sebuah perbankan Islam, justeru mereka mahu memperkenal serta mengembangkan perbankan Islam kepada masyarakat setempat di sini.
“Kita menjagakan Tanjung Manis menjadi penyumbang utama kepada KFH di Malaysia dengan adanya sokongan pihak berkuasa tempatan, badan korporat dan juga orang ramai,” katanya sambil memberitahu sehingga kini sejumlah RM7 juta deposit telah diterima daripada orang ramai.

Beliau juga berharap, KFH Tanjung Manis akan terus berkembang dan menyediakan lebih banyak kemudahan, selain memperkembang kefahaman mengenai perbankan Islam kepada masyarakat.
Ditanya mengenai perancangan selepas ini, Chin memberitahu KFH mempunyai perancangan membuka cawangan-cawangan di seluruh negara.

“Sementara di Sarawak, buat masa ini kita masih menerokai peluang yang ada,” katanya.


Read more

YB BELAWAI MERASMIKAN BANK BARU DI TANJUNG MANIS SARAWAK

Thursday, 9 January 2014

Jangan perjudi nasib dengan menolak BN

MIRI: Penduduk di konstituensi Lambir, dekat sini dinasihati supaya tidak memperjudikan masa depan mereka dengan menolak kerajaan sedia ada, memandangkan Barisan Nasional (BN) akan terus merancang dan membawa pembangunan ke kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, apa jua isu yang terjadi atau timbul dapat diselesaikan dengan menyalurkan masalah tersebut kepada ketua kaum atau tuai rumah mereka, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Biro Wanita.

“Konstituensi Lambir telah membangun dengan pantas di bawah kepimpinan kerajaan BN dan sehubungan itu penduduk di sini perlu sedar dengan perubahan tersebut serta bersyukur dengan nikmat yang diperolehi,” ujar Ripin ketika menghadiri sesi bertemu rakyat di Rumah Insin, Ulu Sibuti, dekat sini, semalam.
Justeru katanya, bagi memastikan kestabilan dan perpaduan kukuh di kalangan penduduk kampung dan rumah panjang terus terjalin, maka mereka perlu mengelak daripada menimbulkan sebarang perselisihan faham.
“Perselisihan faham yang timbul boleh mengakibatkan hubungan sesama penduduk retak dan seterusnya boleh menyumbang kepada perpecahan,” katanya.

Ripin memberitahu, jika berlaku perpecahan di kalangan penduduk di rumah panjang mahupun kampung, ia boleh mengakibatkan pembangunan yang dirancang terbantut dan tidak sampai kepada rakyat.
Justeru katanya, mereka perlu bersatu dan bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk mengatasi setiap masalah yang mendatang dalam semangat perpaduan dan persaudaraan.
Menurut Ripin lagi, untuk itu penduduk perlu mengekalkan semangat perpaduan tersebut termasuk mengadakan gotong-royong secara berterusan kerana hanya melalui perpaduan maka mereka dapat membawa kemajuan dan pembangunan ke kawasan mereka.

Oleh yang demikian katanya, kerajaan sentiasa meletakkan perpaduan di tangga teratas.
Sehubungan itu Ripin turut menasihati golongan muda khususnya di luar bandar supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan dan hasutan yang dibuat oleh pihak pembangkang menerusi blog, Internet dan media sosial, kerana ia sebahagian daripada taktik mereka untuk mendapatkan sokongan generasi muda.
“Sebaliknya, kerajaan sentiasa melakukan usaha untuk menyediakan kemudahan, meningkatkan infrastruktur dan pelbagai keperluan lain, tidak seperti pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dan pihak berkuasa,” katanya.

Ripin yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata, gelombang pembangunan kedua yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan projek mega SCORE akan mengangkat taraf hidup dan standard ekonomi rakyat.
Sehubungan itu beliau menggesa penduduk rumah panjang supaya turut serta merebut peluang pekerjaan serta perniagaan yang ditawarkan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk, khususnya di luar bandar.
“Jangan jadi pemerhati semata- mata, sebaliknya samasama turut serta dalam arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan,” tambahnya.

Bagi generasi tua, beliau meminta mereka menceritakan kisah-kisah kesukaran yang dialami semasa mereka masih muda dan dalam keadaan belum membangun seperti hari ini, kerana ia dapat membantu menyedar dan mengingatkan golongan muda betapa pembangunan yang dibawa oleh kerajaan hari ini adalah demi rakyat dan dilaksanakan dengan tulus ikhlas.
Oleh itu kata Ripin, amat penting bagi sebuah negeri dan negara memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan ekonomi yang kukuh untuk membangunkan rakyat dan negaranya.



Read more