Monday, 17 February 2014

ABANG JOHARI DISEBUT BAKAL TIMBALAN


Kuching: Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg disebut-sebut bakal mengisi kekosongan portfolio Timbalan Ketua Menteri. 

Difahamkan, Abang Johari, 68, bakal bergandingan dengan seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang selepas Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 28 Februari ini menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 


Pemilihan Abang Johari yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas penyandangnya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam sejak Pilihan Raya Negeri Ke-10 (PRN10). 


Keputusan itu difahamkan sebahagian daripada konsensus dicapai Adenan, Abang Johari dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang sebelum ini disenaraikan sebagai calon pilihan pengganti Abdul Taib. 

Malah, ketiga-tiganya adalah menteri penuh dan anak didik Abdul Taib yang memang dipersiapkan bagi menerajui tampuk pentadbiran kerajaan negeri sebagai persediaan persaraannya. BH

No comments:

Post a Comment