Sunday, 23 February 2014

MP KOTA BELUD VS LIM GUAN ENG..

Laman sosial Twitter menjadi panas malam ini apabila kesabaran Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sampai ke kemuncaknya. Tuduhan Lim Guan Eng bahawa Datuk Rahman Dahlan menyokong pembakaran Bible menaikkan kemarahan beliau sehingga Datuk Rahman Dahlan menulis, "I see you in court". 

Nampak gaya buku sudah bertemu dengan ruas. Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritikya. Sekarang giliran beliau sudah tiba. Adalah diharapkan Datuk Rahman Dahlan bertegas membawa Setiausaha Agung DAP itu ke mahkamah.

Monday, 17 February 2014

ABANG JOHARI DISEBUT BAKAL TIMBALAN


Kuching: Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg disebut-sebut bakal mengisi kekosongan portfolio Timbalan Ketua Menteri. 

Difahamkan, Abang Johari, 68, bakal bergandingan dengan seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang selepas Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 28 Februari ini menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 


Pemilihan Abang Johari yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas penyandangnya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam sejak Pilihan Raya Negeri Ke-10 (PRN10). 


Keputusan itu difahamkan sebahagian daripada konsensus dicapai Adenan, Abang Johari dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang sebelum ini disenaraikan sebagai calon pilihan pengganti Abdul Taib. 

Malah, ketiga-tiganya adalah menteri penuh dan anak didik Abdul Taib yang memang dipersiapkan bagi menerajui tampuk pentadbiran kerajaan negeri sebagai persediaan persaraannya. BH

Friday, 14 February 2014

Ketua Menteri untuk Semua

KUCHING: Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata beliau akan berlaku adil terhadap semua kaum dan rakyat Sarawak.

Beliau yang akan mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan itu pada 28 Februari menggantikan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau adalah Ketua Menteri untuk semua rakyat Sarawak.

“Jika anda Ketua Menteri, anda ialah Ketua Menteri Sarawak bukannya (khusus bagi) Melayu, Cina, Iban, Orang Ulu dan Bidayuh.

“Anda Ketua Menteri mereka semua termasuk mereka dalam pembangkang dan saya suka mereka melihat saya sebagai

Ketua Menteri walaupun berbeza politik,” ujarnya pada sidang media pertamanya selepas diumumkan Taib sebagai penggantinya di pejabatnya di Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Adenan berkata, beliau gembira dan tersentuh hati apabila menerima banyak ucapan tahniah atas pemilihannya, apatah lagi apabila ia datang daripada semua kaum di Sarawak dan pelbagai lapisan masyarakat.

Adenan yang kini Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, beliau amat berterima kasih dengan keyakinan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Taib.

Malah, beliau turut lega apabila Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyatakan sokongan susulan pemilihannya.

Abang Johari dan Awang Tengah merupakan dua calon selain Adenan bagi menjawat jawatan Ketua Menteri.

Justeru, Adenan berkata, sokongan itu memberi petunjuk bahawa PBB dalam keadaan bersatu padu dan tidak wujud perpecahan di kalangan pemimpinnya.

“Ada orang luar suka melihat konflik dan perpecahan dalam parti, saya minta maaf kerana mengecewakan mereka,” katanya dalam nada sinis terhadap beberapa pihak yang didakwa gemar melihat PBB berpecah belah selepas Taib meletak jawatan.

Pada sidang media itu, beliau menafikan pemilihannya dilakukan atas dasar ikatan kekeluargaan yang pernah terjalin antara beliau dan Taib. Adenan pernah menjadi adik ipar Taib.

Meletakkan kesetiaan terhadap parti sebagai asas utama pemilihannya, Adenan berkata Abang Johari dan Awang Tengah juga setia.

Katanya, beliau dan Taib telah mengenali satu sama lain dan akrab sejak bersekolah di St Joseph, Kuching dan bertemu semula ketika melanjutkan pengajian di Universiti Adelaide, Australia meskipun tidak sama tahun.

Mengenai kabinet negeri, beliau berkata, tidak ada keperluan untuk merombak kabinet sedia ada apatah lagi kini berada di pertengahan penggal Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Benda yang baik tidak perlu ditukar. Kabinet yang ada sekarang berfungsi dengan baik sejak beberapa tahun,” ujarnya.

Menurutnya, sebelum PRN diadakan, masalah dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) harus diselesaikan. Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang akan tamat pada Jun 2016.

“Saya ada fikirkan cara untuk menyelesaikannya tetapi saya tak akan beritahu anda sekarang. Ia sudah menjadi tanggungjawab saya sekarang,” katanya yang kelihatan sihat dan ceria pada sidang media kira-kira 30 minit itu, sekali gus menafikan dakwaan beberapa pihak yang beliau mengalami masalah kesihatan.

Adenan berkata, dahulu beliau memang ada masalah kesihatan sehingga dimasukkan dan menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Pusat Pakar Perubatan Normah dan Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

“Saya berniat jika saya sembuh, saya akan menunaikan umrah sebagai tanda syukur kepada Tuhan,” jelasnya.

Beliau pada masa sama menjelaskan, kedatangan Muhyiddin ke Kuching mulai Rabu lepas bukan untuk memujuk Taib menukar keputusan memilih Adenan menggantikannya.

“Tidak ada asas untuk itu,” jawabnya ringkas.

Mengulas mengenai dakwaan kerajaan juga membazirkan wang kerana mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian sama seperti DUN Kajang di Selangor, Adenan berkata dua situasi itu adalah tidak sama.

Balingian akan dikosongkan susulan Taib dijangka akan dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri seterusnya menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin yang tamat tempoh lantikan pada 28 Februari ini.

“Kerusi Balingian (akan) kosong sebab perlu berbuat demikian untuk membolehkan Taib dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri.

“Kajang pula kosong semata-mata untuk memberi laluan kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Terdapat beza yang besar antara dua situasi itu,” katanya.

Thursday, 13 February 2014

Taib Thought Potential Successors Would Fight One Another – Abang Johari

KUCHING, Feb 13 – The Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) closed-door meeting last weekend which eventually led to outgoing Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud choosing Tan Sri Adenan Satem as his successor, was not short of a dramatic moment.
PBB deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg said Abdul Taib was stunned when he (Abang Johari), together with Adenan and senior vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, disagreed with Abdul Taib to let the party supreme council and caucus choose his successor.
“Actually, he (Abdul Taib) was quite surprised. He thought that we wanted to fight (with one another). I just want to be sincere here. The three of us agreed to give the mandate to him to decide.
“(Although) he (Abdul Taib) said the party had to decide, we told him that we give you (Abdul Taib) the mandate to decide,” Abang Johari said at a press conference here today.
Abang Johari, along with Awang Tengah were listed along with Adenan as the possible new chief minister before Abdul Taib finally announced yesterday, that Adenan would be his successor once he stepped down on Feb 28.
“Later, we (Abang Johari, Adenan and Awang Tengah) went to stop the (supreme council and caucus) meeting and Adenan proposed to the meeting to give the mandate to the chief minister to name his successor, and I seconded it. That is the team spirit that we have in PBB,” he said.
Abang Johari, who is also housing and tourism state minister, said Adenan should be given ample time and space to prove his ability as the new chief minister.
“During the transitional period, we must give ample time and space for the new chief minister to get the bolts and nuts of the administration, and then for him to move forward to continue with the policies (laid down by Abdul Taib),” he added.
He said it was not only his wish but that of all Barisan Nasional (BN) leaders in Sarawak to see that the state leadership transition between Abdul Taib and Adenan would take place smoothly, unlike the problem which occurred when Abdul Taib took the helm from then-chief minister Tun Abdul Rahman Yaakub in 1981.
“Now, we do not want any problem to occur between (Abdul) Taib and the new chief minister. When (Abdul) Taib told me that Adenan would be the new chief minister, I gave my full support because he (Adenan) needs all our support,” added Abang Johari.
He also brushed aside speculation that Adenan would only be “interim chief minister”, pending the PBB’s next trennial general assembly.
“A chief minister is a chief minister. He (Adenan) is the chief minister. We give priority to the interest of the party,” said Abang Johari.
He did not rule out certain changes to occur, following the state leadership transition but such changes would take place through the understanding of all concerned.
“When there is a transition, there must be an adjustment. In our case, definitely there will be adjustments. Otherwise, it will be static. Certain things have to change,” he noted.
Abang Johari also dismissed the possibility of Abdul Taib’s interference in the state administration once Adenan took over as chief minister.
“Whenever a leader left a legacy behind, he will have to understand it. But in this case, he (Abdul Taib) understands it and had even hoped that the successor will be better than him,” he said.

Sunday, 9 February 2014

TAIB BERSARA SEBELUM 28 FEBUARI INI

Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dipegangnya hampir 33 tahun akhir bulan ini.

Tempoh itu diumumkan sendiri Tan Sri Abdul Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB dalam mesyuarat bersama parti komponen BN Negeri.

Tan Sri Abdul Taib siang tadi, mempengerusikan mesyuarat bersama empat parti komponen BN Sarawak di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di Jalan Bako, Kuching.

Mesyuarat tiga jam ini dihadiri Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom dan Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

Turut hadir kesemua 25 Ahli Parlimen dan 55 Ahli Dewan Undangan Negeri BN Sarawak yang lain.

Tan Sri Abdul Taib yang ditemui media selepas itu memberitahu beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai penggantinya esok.

Beliau turut memaklumkan akan memohon perkenan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahudin Barieng bagi memaklumkan hasrat persaraannya.

Semalam, Majlis Kerja Tertinggi PBB sebulat suara memberi mandat kepada Tan Sri Abdul Taib untuk menamakan penggantinya.

Tuesday, 4 February 2014

PEMILIHAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)
Pemilihan awal Perajurit Muda (Lelaki) TUDM Siri 51/14 - Zon Semenanjung
Kelayakan Akademik:
* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Matematik, salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.
Lain-lain Syarat Kelayakan:
* Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
* Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik.
* Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
* Syarat minima ukuran fizikal:
- Tinggi - 1.62 m
- Berat - 47.5 kg
- BMI - 18-25 (berat/tinggi x tinggi)
- Dada - Biasa 76 cm Kembang 81 cm.
Dokumen Dan Sijil Yang Diperlukan (Asal Dan Salinan):
* Sekeping gambar terkini berukuran pasport
* Sijil SPM/SPMV
* Sijil SKP Tahap 2
* Kad Pengenalan
* Sijil Lahir
* Sijil Berhenti Sekolah
* Salinan Kad Pengenalan waris/penjaga yang sah
* Sampul Surat berukuran A4 beralamat sendiri
* Setem RM 1.00
* Sila bawa bersama sebatang pen (biru/hitam)
Pusat-pusat Pemilihan:
Zon Utara:
* 18/2/14 - Tanjung Malim, Perak - SMK Khir Johari
* 19/2/14 - Perda, P.Pinang - SMK Perda
* 20/2/14 - Kolej Tentera Udara - Dewan Serbaguna
* 22/2/14 - Kangar, Perlis - SMK Putra
* 23/2/14 - Kulim, Kedah - SMK Keladi
* 24/2/14 - Georgetown, P.Pinang - SMK Georgetown
* 25/2/14 - Taiping, Perak - SM King Edward VII
Zon Selatan:
* 18/2/14 - Jasin, Melaka - SMK Jasin
* 19/2/14 - Kota Tinggi, Johor - SMK Tun Habab
* 20/2/14 - Batu Pahat, Johor - SMk Tinggi Batu Pahat
* 22/2/14 - Masjid Tanah, Melaka - SMK Ghafar Baba
* 23/2/14 - Rembau, N.Sembilan - SMK Undang Rembau
* 24/2/14 - Jelebu, N.Sembilan - SMK Undang Jelebu
Zon Timur:
* 11/3/14 - Jerantut, Pahang - SMK Temin
* 12/3/14 - Kuala Terengganu - SMK Chung Hwa Wei Sin
* 13/3/14 - Tanah Merah, Kelantan - Kolej Vokasional Tanah Merah
* 15/3/14 - Kota Bharu, Kelantan - SMK Dato Ahmad Maher
* 16/3/14 - Besut, Terengganu - SMK Permaisuri
* 17/3/14 - Kemaman, Terengganu - SMK Sultan Ismail
* 18/3/14 - Pekan, Pahang - SMK Dato Mahmud Mat
Zon Tengah:
* 15/4/14 - Banting, Selangor - SMK Telok Datok
* 16/4/14 - Bangi, Selangor - SMK Jalan Tiga
* 19/4/14 - Kuala Lumpur - Pengkalan Udara Kuala Lumpur
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Markas Tentera Udara Bahagian Sumber Manusia Sel Kerjaya Dan Pengambilan TUDM di talian. 03-26812412/2413
AIRFORCE NEXT GENERATION

ANGGOTA CAWANGAN KHAS MATI DITEMBAK

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini hari ini.
   
Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.
   
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.
   
Ditemui pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata polis turut menemui dua kelongsong peluru berukuran 9mm berhampiran mangsa, sebuah motosikal, sebuah topi keledar dan jaket.
   
Mangsa belum berkahwin.
 
"Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya.
   
Khairi berkata, motif pembunuhan masih disiasat.
   
Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.  - Bernama