Tuesday, 8 April 2014

LIM KIT SIANG MEROYAN LAGI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibubarkan sekiranya badan itu tidak ada kuasa untuk menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna minggu lalu. 

Sebaliknya, beliau menegaskan Esscom ditubuhkan untuk menyelaras dan mengatur operasi tentera, polis dan lain-lain serta sememangnya memandang serius isu penculikkan tersebut.

"Persoalan besar sekarang ialah kalau dia (Kit Siang) kata bubar Esscom dia nak tubuhkan apa pula? Itu point dia, saya nak tanya dia kalau bubar Esscom dia nak suruh tubuh apa pula.

"Esscom ditubuhkan untuk menyelaraskan dan mengatur gerak operasi tentera, polis, APFM dan juga lain-lain agensi perisikan. Jadi, baru setahun Esscom ditubuhkan... perkara yang besar yang kita buat sekarang ini ialah mengelakkan pencerobohan, yang berlaku ini adalah jenayah rentas sempadan tetapi yang pencerobohan ini kita kena pastikan tidak berlaku.

"Yang kedua, menangani masalah jenayah rentas sempadan ini. Itu perkara besar yang perlu diberi perhatian. Kita baru setahun ditubuhkan dan kita sedang beri perhatian yang serius tentang perkara ini," katanya kepada Antarapos.         

Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mahu Esscom dibubarkan sekiranya badan itu tidak ada kuasa untuk menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna minggu lalu.

Kit Siang berkata, Esscom hanya membazir dana awam jika tidak memainkan peranannya seperti matlamat asal penubuhannya. Untuk rekod Esscom diberikan dana RM300 juta oleh kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, cadangan untuk membubarkan Esscom bukan jalan penyelesaian kepada isu penculikan yang berlaku di kawasannya itu kerana badan pemantau keselamatan itu diyakini mampu menangani isu terbabit dengan sebaik mungkin.

"Saya yakin itu bukan penyelesaiannya yang penting kita melihat masalah ini dapat kita pertingkatkan dari segi keselamatan kawasan-kawasan yang sering mendapat ancaman seperti lanun di Pantai Timur ini.

"Saya yakin kita mampu melaksanakan cuma apa yang penting kita pertingkatkan bukan hanya tindakan-tindakan yang lebih bersasar tetapi koordinasi itu perlu kita pertingkatkan dari masa ke semasa," ujarnya.SUMBER

No comments:

Post a Comment