Saturday, 22 March 2014
Monday, 3 March 2014
MAYAT LELAKI TERTIMBUS DI HUS
KUCHING - Seorang mayat lelaki dipercayai pengawal keselamatan di tapak binaan ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir di bangunan klinikal, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini.
Mayat tersebut dijumpai oleh para pekerja di tapak binaan sama selepas menemui kesan tompokan darah berhampiran sebuah lubang yang digali oleh mereka pada pukul 10 pagi.
Ketika ini, mayat terbabit masih berada di lokasi kejadian dan pihak polis sedang menjalankan siasatan di kawasan kejadian.
Difahamkan, dua pekerja yang merupakan pengawal keselamatan di situ dilaporkan hilang dan salah seorang daripadanya ditemui mati pagi tadi. - KOSMO!
KM MASIH KEKAL KABINET LAMA SARAWAK
KUCHING 3 Mac - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan beliau akan menerajui portfolio Kewangan dan Perancangan Sumber dan Alam Sekitar.
Adenan juga berkata, beliau tidak lagi memegang jawatan Menteri Tugas-tugas Khas dalam rombakan kecil Kabinet negeri berkuat kuasa 1 Mac.
Ditanya kenapa tiada rombakan besar dilakukan terhadap Kabinet negeri, beliau berkata, perkara itu tidak perlu kerana semua menteri menunaikan tugas mereka dengan baik.
"Seperti kata saya sebelum ini...apabila sesuatu itu berjalan dengan baik, teruskanlah saja. Kami sedang menuju arah yang betul, jadi kenapa perlu dibuat perubahan," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Menurut Adenan, untuk sementara ini, jawatan Menteri Tugas-tugas Khas dibiarkan kosong, sehinggalah ia didapati perlu diisi. - BERNAMA